Senyuman itu terletak di antara kemuraman hati dan tertawa, sabar itu terletak di antara perasaan yang terlalu keras dan terlalu takut.
Tidak ada di dunia ini kerja yang lebih sukar berbanding sabar. Sabar di sini boleh bermakna sabar terhadap yang disukai dan sabar terhadap yang tidak disukai. Sabar diperlukan dalam melakukan sesuatu yang sangat panjang masanya, atau ketika terperangkap dalam putus asa kerana sudah buntu. Untuk mengharungi masa yang panjang itu diperlukan bekalan supaya boleh menyelesaikan perjalanan panjang itu hingga selesai. Dan bekalan itu sendiri bermacam-macam.
Yang pertama, menimbang kadar ujian itu, yang boleh jadi akan lebih besar dari yang dibayangkan. Yang kedua, membayangkan bahawa di atas ujian itu ada yang lebih besar lagi. Sebagai contoh, diuji dengan pelbagai musibah yang menimpa kita. Ternyata ada ujian yang lebih berat dari musibah yang menimpa kita. Yang ketiga, mengharap ganti di dunia. Yang keempat, membayangkan pahala yang akan diperoleh di akhirat. Yang kelima, menikmati pujian dengan mengandaikannya datang dari sesama manusia dan diarahkan kepadanya dan yakin bahawa pahala akan datang dengan sendirinya dari ALLAH. Yang keenam, kesedihan itu sama sekali tidak mendatangkan manfaat, bahkan hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Terdapat banyak perkara yang dijauhi oleh akal dan fikiran. Tidak ada jalan menuju kesabaran selain memberi sesuatu yang tidak dikehendaki oleh akal dan fikiran itu. Oleh itu bermakna, orang yang sabar mesti menyibukkan diri dengan hal-hal seperti itu dan menghabiskan masa ujiannya dengannya....... :)))



first time baca blog ni. Menarik post ni.
ReplyDeleteBukan senang nak sabar menghadapi ujian, kan, but somehow, we have to try, kalau tak, apa gunanya ada sabar dalam diri jika tak digunakan. tak gitu?
:)