Wanita adalah salah satu ciptaan Allah s.w.t yang mulia. Karakteristik wanita berbeza dari lelaki dalam beberapa hukum misalnya aurat wanita berbeza dari aurat lelaki. Wanita memiliki kedudukan yang sangat agung dalam Islam. Islam sangat menjaga martabat wanita. Wanita yang mulia dalam Islam adalah wanita muslimah yang solehah.
Wanita muslimah tidak cukup hanya dengan muslimah sahaja, tetapi haruslah wanita muslimah yang solehah kerana ramai wanita muslimah yang tidak solehah. Allah s.w.t sangat memuji wanita muslimah, mu'minah yang sabar dan khusyu'. Bahkan Allah s.w.t mensifati mereka sebagai para pemelihara yang taat.
Allah s.w.t berfirman: "Maka wanita yang solehah adalah yang taat, lagi memelihara diri ketika suaminya tiada kerana Allah telah menjaga mereka." (Surah An-Nisa': 34)
Wanita solehah adalah idaman setiap orang. Harta yang paling berharga, sebaik-baik perhiasan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Dunia seluruhnya adalah perhiasan. Dan
sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah."
Alangkah indahnya jika setiap muslimah menjadi wanita yang solehah, idaman setiap suami. Oleh kerana setiap wanita bersegera untuk memperbaiki diri dan akhlaknya agar menjadi wanita yang solehah. Oleh kerana itu, kita harus mengetahui sifat dan ciri-ciri wanita solehah, di antaranya:
- Wanita muslimah adalah wanita yang beriman bahawa Allah s.w.t adalah Rabbnya, dan Nabi Muhammad s.a.w adalah nabi-Nya, serta Islam adalah pedoman hidupnya. Semua itu nampak jelas dalam perkataan, perbuatan, dan amalannya. Dia akan menjauhi apa-apa yang menyebabkan kemurkaan Allah, takut dengan seksa-Nya yang teramat pedih, dan tidak menyimpang dari peraturan-Nya.
- Wanita muslimah selalu menjaga solat lima waktunya dengan wuduknya, khusyu' dalam menunaikannya, dan mendirikan solat tepat pada waktunya, sehingga tidak ada sesuatupun yang menyibukkannya dari solat itu. Tidak ada sesuatupun yang melalaikan dari beribadah kepada Allah s.w.t. Sebab solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar serta benteng dari perbuatan maksiat.
- Wanita selalu menjaga ketaatan suaminya, seiring sekata, sayang kepadanya, mengajaknya kepada kebaikan, menasihatinya, memelihara kesejahteraannya, tidak meninggikan suara dan perkataan kepadanya, serta tidak menyakiti hatinya.
- Wanita muslimah adalah yang menjaga hijabnya dengan rasa senang hati. Sehingga dia tidak keluar kecuali dalam keadaan berhijab rapi, mencari perlindungan Allah dan bersyukur kepada-Nya atas kehormatan yang diberikan dengan adanya hukum hijab ini, dimana Allah s.w.t menginginkan kesucian baginya dengan hijab tersebut.
- Wanita muslimah adalah wanita yang mendidik anak-anaknya untuk taat kepada Allah s.w.t, mengajarkan kepada mereka akidah yang benar, menanamkan ke dalam hati mereka perasaan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya menjauhkan mereka dari segala jenis kemaksiatan dan perilaku yang tercela.
- Wanita muslimah tidak berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Diizinkan kalian keluar rumah untuk keperluan kalian (wanita)"(Mutafaq Alaih)
- Wanita muslimah adalah wanita yang tidak menyerupai lelaki dalam hal-hal khusus yang menjadi ciri-ciri mereka. Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki."
- Wanita muslimah selalu menyeru ke jalan Allah dalam kalangan wanita dengan kata-kata yang baik, baik berkunjung kepadanya, berhubungan telefon dengan saudara-saudaranya, mahupun dengan sms.
- Wanita muslimah selalu menjaga hatinya dari syubhat mahupun syahwat. Memelihara matanya dari memandang yang haram.
- Wanita muslimah selalu menjaga waktunya agar tidak terbuang dengan sia-sia, baik siang hari atau malamnya. Bermaksud menjauhkan diri dari mencaci dan hal lain yang tidak berguna. "Janganlah kalian saling mendengki, saling membenci, saling mencari kesalahan dan bersaing dalam penawaran, namun jadilah hamba-hamba Allah yang bersatu." (Riwayat Muslim)


















