Ukuran sebenar kebahagiaan itu terdapat di dalam Al-Quran, kitab Allah yang mulia itu dan sukatandari segala sesuatu itu ada dalam kualiti zikir kepada Yang Maha Bijaksana. Dialah yang menetapkan segala sesuatu, nilai dan balasannya kepada hamba, sama ada ketika masih di dunia ataupun selepas sampai di akhirat nanti:
"Dan sekiranya bukan kerana hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah Kami buatkan bagi orang-orang kafir kepada Tuhan Yang Maha Pemurah loteng-loteng perak bagi rumah mereka dan juga tangga-tangga(perak) yang mereka menaikinya Dan (Kami buatkan pula)pintu-pintu (perak)bagi rumah-rumah mereka. Dan (Kami buatkan pula)perhiasan-perhiasan (dari emas untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia dan kehidupan akhirat itu di sisi Tuhanmu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. "(Surah Az-Zukhruf: 33-35)
Ayat ini menjelaskan dengan jelas tentang kefanaan, nilai-nilai kebendaan dan kedudukan sosial: hidup, istana-istana, rumah-rumah mewah, emas, perak dan kedudukan dalam masyarakat. Dengan memberi segala sesuatu kepada orang-orang kafir secara sekaligus dan, sebaliknya, tidak memberinya kepada kaum mukmin bermaksud untuk menjelaskan sebesar mana nilai hidup dunia ini kepada umat manusia. Dengan kata lain, itulah kehinaan dunia.
Utbah bin Ghazwan, seorang sahabat Baginda Rasul yang terkenal itu, hairan ketika ia sesekali berkhutbah Jumaat. Ia mengenang bagaimana pedihnya ketika bersama Baginda Rasul, ketika hanya boleh makan daun semasa jihad, waktu lapang dan bahagia. Kemudian bagaimana ia meninggalkan Baginda Rasul untuk menjadi seorang penguasa dan seorang hakim. Menurutnya, hidup yang mesti dihadapi sesudah kewafatan Rasulullah adalah hidup yang sangat tidak berharga.
Kulihat orang-orang yang sengsara tidak bosan walaupun mereka terpaksa kelaparan
Walaupun hidup ini menyeronokkan namun tidak lebih dari mendung di musim panas yang akan segera berlalu.
Saad bin Abi Waqqash merasa bingung ketika diangkat menjadi penguasa di Kufah sesudah kewafatan Baginda Rasul. Ia melihat kenyataan yang sangat berbeza berbanding ketika bersama Baginda Rasul, yang cukup hanya dengan makan tetumbuhan dan hanya makan kulit kambing yang sudah kering, dipanggang, ditumbuk lalu direbus dengan air. Ia melihat betapa tidak berharganya istana-istana dan rumah-rumah yang cantik.
"Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik bagimu dari permulaan. "
(Surah Adh-Dhuha: 4)
Oleh itu bermakna ada sesuatu dalam hal ini dan ada sesuatu yang tersembunyi di sebalik masalah ini, iaitu hidup dunia yang tidak berharga......
No comments:
Post a Comment