Ibnu Rejab pernah bercerita tentang seorang 'abid ketika di Makkah. Dia kehabisan bekalan dan kelaparan hingga tubuhnya tidak berdaya lagi. Ketika sedang berjalan di salah satu lorong di kota Makkah dia mendapat satu kalung yang sangat mahal harganya. Diambilnya kalung itu dan dimasukkannya ke dalam saku, lalu pergi ke Masjidil Haram. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang mengumumkan bahawa dia kehilangan kalung. Orang yang kehilangan kalung itu menjelaskan bagaimana bentuk kalung yang hilang itu. Ternyata semua keterangan yang dia sampaikan sama dengan kalung yang ditemukan orang tersebut. "Saya berikan kalung itu kepadanya namun dengan syarat memberi ganjaran kepada saya,"kata orang yang menemukan itu. "Kalung itu pun diambilnya dan pergi begitu sahaja tanpa ucapan terima kasih, atau dengan memberi satu dirham, sepatah kata , ataupun dengan memberi apa sahaja. "Ya Allah, aku biarkan semua itu untuk-Mu maka gantilah untukku sesuatu yang lebih baik darinya."
Kemudian dia pergi ke laut dan menumpang satu perahu. Selepas di laut, tiba-tiba angin bertiup kencang sekali dan perahu yang ditumpanginya itu pun karam. Akhirnya dia terapung-apung di atas air dengan sebatang kayu yang dimainkan angin ke kiri dan ke kanan hingga akhirnya terdampar di satu pulau dan dia pun turun ke daratan. Di pulau itu dia mendapati satu masjid dan orang-orang yang sedang bersenbahyang, dia pun kemudian ikut sembahyang bersama mereka.
Di masjid itu ia menemukan lembaran-lembaran kertas yang dibacanya ternyata ayat-ayat Al-Quran. Seorang dari mereka bertanya kepadanya: "Adakah anda sedang membaca Al-Quran?" Jawabnya: "Ya." Kemudian penduduk pulau itu berkata: "Ajarlah anak-anak kami Al-Quran." Dia pun setuju untuk mengajarkan Al-Quran kepada mereka dengan upah. Kemudian dia menuliskan tulisan Arab dan orang itu pun bertanya lagi: "Adakah anda boleh mengajar anak-anak kami menulis?" Jawabnya: "Ya." Maka dia pun mengajar anak-anak mereka dengan menerima bayaran.
Penduduk pulau itu kemudian bercerita bahawa di tempat itu ada seorang perempuan yatim, anak seorang yang sangat baik, ibu bapanya sudah wafat. "Adakah anda mahu menikahinya?" tanya orang-orang itu kemudian. Dia menjawab: "Tidak apa." Dan dia pun akhirnya menikah dengan perempuan yatim tersebut. Ketika masuk ke biliknya, pada hari pertama, dia melihat kalung yang pernah dia temukan itu melingkar di leher isterinya itu. Maka ia pun bertanya: "Bagaimana kisah tentang kalung ini?" Si isteri itu pun kemudian bercerita. Dalam cerita itu disebutkan bahawa ayahnya suatu waktu pernah menghilangkannya di Makkah. Kata si ayah kepadanya, kalung ini ditemukan oleh seorang lelaki yang kemudian diserahkan begitu sahaja kepadanya. Setelah pulang dari Makkah, si ayah selalu berdoa dalam sujudnya mudah-mudahan Allah menganugerahkan suami buat anak perempuannya seperti lelaki yang menemukan kalung itu. Di akhir ceritanya, si suami menyergah: "Sayalah lelaki itu."
Sekarang kalung itu berada di sisi lelaki itu dengan kedudukan halal, sebab dia sudah meninggalkan sesuatu kerana Allah maka Allah pun menggantinya dengan yang lebih baik.
"Sesungguhnya Allah itu baik dan tidak menerima kecuali sesuatu yang baik." (Hadis Nabi)


No comments:
Post a Comment